Isnin, Disember 15, 2008

Picnic dimusim hujan

Semalam, aku dan kawan-kawan sekerja pergi berkelah di Sungai Bill, Tanjung Malim Perak. Kami menaiki 3 buah kereta, bertolak dari Sungai Buloh pada pukul 8:02am. Perjalanan memakan masa 1 jam 15 min. Sampai di sana lebih kurang 9:15am. We are the first arrived there. So... got many pondok to choose. Tapi, keadaan di situ kurang terjaga. Ada banyak longgokan-longgokan kecil sampah di keliling pondok. Kami terpaksa bergotong-royong membersihkan sampah-sampah tersebut dahulu. Kemudian, lelaki2 hensem menghidupkan api untuk bbq ''chicken wing'' untuk kami semua. Bestnye " honey chicken wing"!!
Aku dan Ain hanya action bakar ayam depan kamera je..hehe=) Then, kami makan mihun goreng yang disediakan oleh mama Ain. Kak Ita bawa nasi putih, sambal sardin dan kobis goreng. Aku bawa bubur kacang 'Terengganu made'. Habis bubur kacang aku buat.. Maknanye, sedap la tu.. hikhikhik. Sedap ke..diorang lapar. Selesai first trip acara makan, aku dan Ain yang sentiasa ditemani body guard kami; Mat Rock mendaki bukit di sebelah sungai tersebut. Kepenatan juga mendaki bukit walau tak berapa tinggi tu. Sepanjang pendakian aku bertasbih melihatkan keadaan alam ciptaanNya ini. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar dedaunan yang kurasakan susah untuk dijumpai selain di dalam hutan berdekatan sungai sebagai koleksi simpanan peribadi. SubhanaAllah.. Hebatnya ciptaanMu. Ain yang sentiasa berjaga-jaga dalam ketakutan mengingatkan lintah yang menggigit jari kaki Kak Ita sebelum itu, turut sama menjadi mangsa gigitan lintah. Menjerit dia memanggil Abang Mat nya supaya mencabut binatang tersebut dari kakinya. Kemudian acara Ain dan Kak Ita mandi. Aku hanya bermain-main air kerana mengingatkan pesanan orang tu agar tidak mandi. Tu pun, nasib baik aku dibenarkan pergi. Basah jugak seluar dan bajuku. Menyesal tidak bawa baju salin. Dah la kebasahan kerana kena hujan. Hehe.. Kak Ita cukup tak puas hati bila mengetahui aku tidak membawa baju persalinan. Seronok betul menghabiskan hari minggu bersama kalian semua. dalam pukul 4:30pm kami mula bersiap-siap untuk pulang. Kami selamat sampai di Sungai Buloh dalam pukul 5:55 pm. Seronok betul percutian di musim hujan walau kepenatan.

p/s: Fiesa, my writting for your reading. Remember our memory; picnic together at sungai Tekala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan